MELENTUR BuLuh BIARLAH DARI REBUNGNYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
.
Insyaallah kali ini saya akan memperbincangkan tentang “melenturi buluh biarlah dari rebungnya”.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.Perkahwinan juga adalah perkara yang dituntut didalam Islam.Dari perkahwinan akan lahirlah Zuriat pewaris agama yakni anak.

Anak pula merupakan amanah الله yang telah diberikan kepada kita yang bergelar ibu bapa.Untuk dijaga makan minumnya,pakaiannya,pendidikannya,akhlaknya.Tapi adakah ia semudah yang kita sangka?Firman الله yang berbunyi:

Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi
ALLAH ada pahala yang besar. (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15

Anak merupakan rezki dan nikmat yang telah diberikan الله kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.Anak penghibur hati,penyeri keluarga.Tetapi kadangkala ia juga merupakan ujian dari الله untuk menguji tahap kesabaran dan kebijaksanaan kita dalam mendidik dan membesarkan mereka berlandaskan syariat.Didalam suatu hadith:
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?
Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.
Lalu Rasulullah SAW berkata : Orang yang mandul itu ialah orang
yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.-(Maksud Al-Hadith )
Persoalannya adakah kita mahu menjadi orang yang mandul seperti yang dimaksudkan dalam hadith tersebut?Tepuk dada tanya iman.

Disini saya sertakan bagaimana Rasulullah mendidik anak2 baginda:

TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Kesimpulannya,lengkapkan lah diri kita dengan ilmu pengetahuan agama untuk memikul tanggungjawab dalam mendidik amanah الله ini.Rata-rata ibu bapa tidak memikirkan pendidikan akhlak anak itu penting.Bahkan mereka menganggap akhlak bukanlah perkara pertama yang perlu diutamakan.Tanpa didikan akhlak sempurna lah maka lahirnya generasi yang seterusnya yang akan ingkar perintah Allah dan menghalal kan yang haram.

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam keluarga dimana mereka tidak seharusnya menyerahkan 100% pendidikan akhlak hanya kepada institusi pendidikan.sedangkan sebagaimana yang kita tahu,diantara 3 perkara yang tidak akan terputus amalannya selepas kita mati adalah DOA Anak Yang Soleh.Dan bayangkan jika kita gagal mendidik anak-anak..siapakah yang akan mendoakan kita bila kita sudah tiada nanti.Dakwah yang sempurna bermula dari rumah.Bagaimana kita hendak berdakwah menegak syiar Islam sedangkan institusi keluarga kita masih ampuh.Sementara anak masih kecil dan masih mudah untuk dibentuk maka bentuk lah mereka menjadi seorang mukmin dan mukminah sejati.Dan jika mereka sudah dewasa masih belum terlambat..Pintu taubat sentiasa terbuka..Semoga kita menjadi seorang mukmin/mukminah yang hari ini lebih baik dari semalam.Renung-Renungkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s