Menyayangi binatang..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Ok hari ini saya akan membincangkan tentang menyayangi binatang iaitu kucing.Di dalam Al- quraan banyak diceritakan perihal binatang.Di antaranya sapi betina,burung ababil,semut dan sebagainya.Perlukah kita menyayangi binatang?

Kucing adalah makhluk yang diciptakan الله dan merupakan makhluk yang bernyawa dan sangat comel pada pengamatan saya.Sehingga ada sahabat nabi yang diberikan gelaran Abu Hurairah bermaksud bapa kucing.

Kisah Abu hurairah:
Nama sebenar beliau adalah Abdul Rahman bin Sakhr.
Pada suatu hari Abu Hurairah dalam perjalanannya ke masjid.Berjalan punya berjalan tiba-tiba beliau terserempak dengan seekor anak kucing yang telah sesat dipercayai sedang mencari ibunya.Abu Hurairah bimbang akan keselamatan kucing tersebut.Lalu meletakkan kucing itu didalam jubah nya lalu dibawa ke masjid.Sesampainya di Masjid beliau terserempak dengan Rasulullah.Lalu baginda bertanya kepada beliau”apakah di dalam bajumu wahai Abdul Rahman”maka beliau menjawab bahawa ianya kucing yang beliau jumpa dalam perjalanan ke Masjid tadi.Maka selepas itu Rasulullah telah menggelar beliau Abu Hurairah iaitu bapa kucing.

Lagi mengenai Abu Hurairah:

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenali sebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga baginda selalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Selain tu, Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.Ha?best kan kalau beli kucing..

Dalam Sunan Abu Dawud pulak menceritakan perihal seekor kucing.
Dawud Ibn Salih Ibn Dinar At-Tammar berkata bahawa ibunya telah melihat seorang perempuan menghantar harisah kepada Aisyah yang tengah mendirikan solat. Dia mengisyaratkan menyuruh meletakkan ke bawah. Kemudian seekor kucing datang dan makan sedikit darinya, tetapi setelah Aishah selesai bersolat dan makan pada tempat yang diminum oleh kucing itu.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dari berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, seperti punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Disamping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Selain itu, diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan pengusap lidah. Penelitian ini dilakukan di Hospital Hamdan dan Hospital Yaman di Damaskus. Hasil yang diperoleh adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar ternyata negatif, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah memberikan hasil negatif.

4. Kuman yang ditemui semasa proses penelitian dilakukan berasal dari kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah terbatas seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dari 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kelompok kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil penelitian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan..

Kesimpulannya..jom kita sama-sama menyayangi kucing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s